Assalamualaikum...Hai korang!!! Kali nie, entry hanya sekadar penceritaan yang aku yang mungkin boleh dianggap sebagai luahan. Wah! kelas kau neniey. Ceh ceh ceh. Aku sebenarnya baru lepas baca blog Fatin Liyana pasal entry terbaru dia. Bila aku fikir-fikir balik, tahun akhir aku dekat KPTMKL nie dah banyak buat aku tersedar. Sedar tak sedar, aku dah nak habis belajar in my degree bulan 5 nanti. Tak sangka aku akan habis belajar dan dalam degree lagi. Siapa sangka aku dapat lalui 3 tahun yang penuh dengan pancaroba ini.Mungkin aku nak sambung in master, tapi tengok kesanggupan la jugak. Even ramai cakap yang master tak banyak kelas, banyak testis and assignment je, tapi bende tue something yang besar, kene ada fokus and commitment jugak. Lagipun sampai bila aku nak duduk bawah tanggungan mak ayah kan? Aku nak jugak bekerja, ada duit sendiri, pakai kereta dan lain-lain lagi. Mungkin kalau aku sambung pun, aku akan buat secara part time kot.Mari kita sama-sama imbas semua benda kembali...Masa mula-mula aku masuk KPTMKL, aku cuma tau aku nak study, nak dapatkan degree dan nak banggakan ayah aku. Sekurang-kurangnya, walaupun aku tak la pandai sangat masa PMR, SPM, and STPM, tapi aku mampu dapatkan degree walaupun swasta. Dah tahun akhir nie barulah aku terfikir, walau kolej atau universiti, kita tetap sama. Sama-sama berjuang untuk dapatkan degree.Dekat kolej nie, banyak benda aku belajar. Walaupun kehidupan aku mungkin berubah sedikit, tapi dalaman, aku masih Nani yang dulu. Aku masih seorang anak yang nak penuhkan impian mak ayah dan nak banggakan ayah aku yang anak sulong dia mampu dapat degree. Walaupun aku lah yang paling degil, paling banyak buat hal, tapi aku nak dorang bangga dengan kejayaan aku nie.Sekarang pun aku dan kawan-kawan sedang mencari kerja. Menghantar resume ke san dan ke mari. Harap-harap aku berjaya melepasi halangan yang dah tak seberapa ini. Aku juga harap kawan-kawan seperjuangan berjaya bersama. Bosan ke? Aku cuma rasa nak menulis je malam nie.Thanks sebab sudi membaca...
Sunday, 17 April 2011
Cecita~
Posted by Chenta Biru at 09:09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
haha..byk sgt ker testis nyer yunk oi..
syima x-banyak la...master kot...huhhu....neway,thank coz mengcoment ye?hihihi...
Post a Comment