Haiss... Da la da lama aku tak meng-up-to-date blog aku nie, time update plak starting dengan keluhan. Kenapa Cik Neniey comel? Perasan sungguh awak bukan? Mahu tangan kanan kah kiri? Hihihi... Da serupa orang hilang akal aku nie. Aku sangat-sangat keliru dengan diri, hati dan perasaan sendiri. Kenapa hati ini telah hilang serinya? Sejak bila, itu yang menjadi tanda tanya. Sejak bila ia terjadi dan sejak bila aku mula menyedarinya?Aku tak pernah minta ia terjadi kerana aku tahu, jika kita lakukannya pada orang lain, suatu hari kita juga akan mendapat balasannya. Jadi bagaimana? mahu lupakan sahajakah atau memikirkan dengan lebih serius lagi? Allah, sangat-sangat berbelah bahagi aku kala ini. Bukan kerana siapa-siapa, tetapi hati aku yang menolaknya. Bagaimana aku mahu mengembalikan serinya? Kasihkah lagi atau cuma tinggal kasihan semata?Aku tak mahu buat keputusan terburu, berharap akan dapat buat keputusan yang terbaik. Aku perlukan masa untuk semua ini. Di satu sudut aku berharap masa yang akan menentukannya, tetapi di satu sudut aku mahukan kepastian kerana aku tak mahu mendera perasaan orang lain. Biar hanya aku yang terdera.Aku harus dan mesti memikirkan dengan lebih waras lagi. Ini untuk kebaikan dan aku tak mahu bermusuhan dengan sesiapa. Harap aku dapat jawapan untuk apa yang aku cari.
Monday, 19 September 2011
Keliru~
Posted by Chenta Biru at 05:58 0 comments
Subscribe to:
Comments (Atom)
