BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 30 April 2011

Me + Scha Al-Yahya~


Hai korang!!!

Actually, takde ape nak cite hari nie. Tapi tadi masa dok belek-belek picture dalam lappy nie, terjumpa pulak gambar nie. Bukan niat nak menunjuk, tapi memang nak tunjuk sikit la. Hahaha... Lempang nak? gelak-gelak. Huhu...

Kalau korang tertanya-tanya adakah itu....? Betulkah itu...? The answer is yes, its her. Scha Al-Yahya in the house. Aku da banyak gak la nampak artis-artis since aku dok KL nie, tapi dalam banya-banyak yang aku jumpa, aku just dapat bergambar dengan Scha Al-Yahya. She really gorgeous. Lawa gile kot... Nie pon masa rambut lurus lagi. (apa kene mengene beb?) Takde eh? Ok, proceed.

Selalunya, kalau aku nampak, mesti aku nak je kejar ke, tangkap ke, apa ke. Fanatik nau lak kan? Tapi bila dah jumpe, tengok je. Nie sume gara-gara kawan-kawan yang tak sporting. Konon kalau ye-ye nau macam perak la. Cis! gara-gara korang aku tak dapat nak amik gambar ngan dorang, termasuklah Nabil. Sedih wooo...

Mari gelakkan aku ramai-ramai sebab aku pendek bukan? Huhuhu... Aku tak pakai heels pun masa nie. Aku just wear slipers and very the simple outfit. Why? sebab time nie da malam kot and just nak tengok wayang kat Pavilion. Tak sangka jumpa Scha Al-Yahya. Masa nie dia datang dengan Awal Ashaari, tapi aku tak sempat nak amik gambar dengan Awal. Awal pun macam nak cepat je sebab dorang nak tengok movie gak masa tue...

Scha sangat polite and very beautiful. Mesti korang cakap kan, beautiful sangat ke sampai cakap banyak kali? But the reality it is. Dia memang cantek sesangat!

Aku teringin nak jumpa Nabil again, Zizan, Lisa Surihani, Rozita Che Wan, and to be continue.... hahaha... Sebenarnya aku da tak ingat sapa lagi aku sangat-sangat nak jumpa. Agak-agak ada tak orang nak bagi aku peluang jumpa dorang nie? Perasan je kan aku nie... Berangan je lebih. Da, pegi main jauh-jauh sana. Wuwuwu....

Thursday, 21 April 2011

VCO~

Haish... Mana la aku punya VCO a.k.a virgin coconut oil yang aku order nie. Dah lama dah order, tapi tak sampai-sampai. Aku da excited nak try nie. Yela, bile aku baca kata blog Irine Nadia Marcellow pasal VCO nie, aku terus nak try. Bukan apa, benefit yang bakal diperolehi amat-amat menarik dan memang aku nak sangat keputusan macam tue. Member aku yang dah try pun da verify kat aku yang dia baru pakai seminggu da nampak sedikit kesan, pakai hampir sebulan da nampak kesan-kesannya.

Hari tue dia kata mungkin dalam minggu nie sampai la sebab orang tue pos lambat sikit, tapi tak jugak sampai. Hmmm... Kesabaran aku macam da tipis jek. Bukanlah marah, tapi tak sabau dah nie. Huhuhu... Hope VCO tue cepat-cepat lah sampai. Selalu lepas je bagi duit, tak lama tue da sampai, kurang-kurang seminggu lepas tue. Nie dah nak sebulan da nie, tak juga sampai. Syima.........cepat la...huwaaaaa....

Sunday, 17 April 2011

Cecita~

Assalamualaikum...

Hai korang!!! Kali nie, entry hanya sekadar penceritaan yang aku yang mungkin boleh dianggap sebagai luahan. Wah! kelas kau neniey. Ceh ceh ceh. Aku sebenarnya baru lepas baca blog Fatin Liyana pasal entry terbaru dia. Bila aku fikir-fikir balik, tahun akhir aku dekat KPTMKL nie dah banyak buat aku tersedar. Sedar tak sedar, aku dah nak habis belajar in my degree bulan 5 nanti. Tak sangka aku akan habis belajar dan dalam degree lagi. Siapa sangka aku dapat lalui 3 tahun yang penuh dengan pancaroba ini.

Mungkin aku nak sambung in master, tapi tengok kesanggupan la jugak. Even ramai cakap yang master tak banyak kelas, banyak testis and assignment je, tapi bende tue something yang besar, kene ada fokus and commitment jugak. Lagipun sampai bila aku nak duduk bawah tanggungan mak ayah kan? Aku nak jugak bekerja, ada duit sendiri, pakai kereta dan lain-lain lagi. Mungkin kalau aku sambung pun, aku akan buat secara part time kot.

Mari kita sama-sama imbas semua benda kembali...Masa mula-mula aku masuk KPTMKL, aku cuma tau aku nak study, nak dapatkan degree dan nak banggakan ayah aku. Sekurang-kurangnya, walaupun aku tak la pandai sangat masa PMR, SPM, and STPM, tapi aku mampu dapatkan degree walaupun swasta. Dah tahun akhir nie barulah aku terfikir, walau kolej atau universiti, kita tetap sama. Sama-sama berjuang untuk dapatkan degree.

Dekat kolej nie, banyak benda aku belajar. Walaupun kehidupan aku mungkin berubah sedikit, tapi dalaman, aku masih Nani yang dulu. Aku masih seorang anak yang nak penuhkan impian mak ayah dan nak banggakan ayah aku yang anak sulong dia mampu dapat degree. Walaupun aku lah yang paling degil, paling banyak buat hal, tapi aku nak dorang bangga dengan kejayaan aku nie.

Sekarang pun aku dan kawan-kawan sedang mencari kerja. Menghantar resume ke san dan ke mari. Harap-harap aku berjaya melepasi halangan yang dah tak seberapa ini. Aku juga harap kawan-kawan seperjuangan berjaya bersama. Bosan ke? Aku cuma rasa nak menulis je malam nie.

Thanks sebab sudi membaca...

Thursday, 14 April 2011

Besday Shada~

Happy birthday to you... Happy birthday to you... Happy birthday to Syada... Happy birthday to you... Lagu nie khas untuk Qaseh Syada. We love you so strong. Hahaha...





Monday, 4 April 2011

The Mines Part 2 + Peragut~

Assalamualaikum!!!

Hai! Kali nie entry untuk part 2 pulak. Menarik bukan? Hehehe... Nie gambar pemandangan di waktu siang bila aku pergi naik bot. Mcm best je tengok kan? Pemandangan dia cantik sangat. I loike!

Masa nie rasa sedikit teruja sebab walaupun semalamnya aku dah pergi, masa pergi waktu siang pulak dan semua pemandangan indah nie pon terserlah lah...

Tapi ada satu benda yang tak menarik sebab aku ingat hari nie dia bawa pergi tasik belah lain pulak. Rupa-rupanya sama je. Sangat kuciwa. Huhuhu... Ade rasa terguris di situ. Bas yang masuk air tue tak dapat lagi aku nak naik. Last-last, satu bende nie je la kitorang dapat naik. Bosan! Tapi lepas je naik bot nie, kitorang pergi main pool. Yup! macam tak caye jek. Aku kan tak pernah nak main menatang tue lagi. (^_^)

Tapi aku main pool tue sikit-sikit je. Mana la aku reti. Lagipun ramai sangat lelaki lepak kat belakang meja kitorang main tue. Malu seh.. Mood entry kedua nie tak berapa best sebab masa pergi kali kedua nie pon dah tak berapa best, plus dengan tak dapat nak naik bas tenggelam. Huhuhu...

Cantiknye pemandangan kat sini

Mendung je hari

Hmmm

Bersama cik abg (^_^)

Bergaya

Pe nie?
Okay, malam masa aku da sampai rumah, satu kejadian yang sangat mengejut telah berlaku di depan mata aku nie. Ada beg seorang akak yang berjalan dengan lemah longlai baru pulang dari ofis diragut. Peragut tue naik motor LC. What the h*** la kan? Masa aku nak lintas, kebetulan aku dengar bunyi motor yang sangat laju, masa tue memang aku sangat berhati-hati sebab aku bawa beg laptop. Dalam aku melintas, aku tengok mamat bawa LC tue, dalam hati aku berkata-kat, "mcm pelik je mamat nie, jangan-jangan...sapp" tanpa sempat aku berfikir, dia ragut beg akak tue. Tapi akak tue pun careless, pegang beg pun macam nak tak nak je. Kesian dia. Aku yang nampak je pun trauma. Gila la. Kes-kes peragut nie da menjad-jadi kat depan rumah sewa aku nie. Polis pun tak pula buat rondaan... Hope peragut tue cepat kene tangkap. Menyusahkan!